1. Kau telah berada dalam kreatif industry dalam jangka masa yang lama iaitu 16 tahun dan selalu bekerja dengan brand yang besar. Sekarang, nama kau sendiri ada di atas baju, apa perasaan kau?
Honestly, rasa macam full circle moment. 16 tahun banyak buat kerja kat belakang tabir, design dengan build brand orang, push visual orang and explore few style sebab client berbeza. So sekarang bila tengok logo and nama sendiri naik dekat T-shirt, feel dia lain sikit. Lebih kepada personal. Macam stamp perjalanan sendiri. Dia bukan ego, tapi lebih kepada appreciation untuk journey aku since day 1 dalam industri.
2. Kau dah bekerja dengan banyak brand sebelum ni, kenapa jenama Akudesign menjadi first first ever apparel collaboration?
Aku rasa sebab connection tu nampak organic. Tak ada nak forced. Benda ni pun start dengan conversation yang jujur, bukan planning besar gila-gila. Lepas tu aku rasa vision kita align and ngam dengan aku, ada raw, street, honest. Collaboration ni juga bukan pasal hype, tapi pasal trust dan respect antara creatives. Itu yang penting!
3. Bila kita memperkenalkan idea AKUIHB, as a graphic designer apa benda pertama sekali yang terlintas dekat minda kau?
Ok, first thing yang masuk kepala aku, aku nak buat dunia AkuDesign in my own imagination. Aku tak nak just letak logo atas T-shirt. Aku nak create satu universe yang rasa hidup.
“Meanwhile in the hood...” tu sebenarnya starting point dia. Aku imagine satu street scene yang ada skate culture, graffiti, police, hustle car, sticker elements and semua benda yang influenced aku selama ni.
AKUIHB bukan sekadar nama. Aku nak dia rasa macam movement atau motion dalam satu dunia dia sendiri. Visual ni macam snapshot dalam cerita tu. Ada chaos sikit, fun sikit, rebellious sikit, at the same time ada humor.
So from day one, aku memang nampak benda ni as more than graphic. It’s a scene. It’s a statement.

4. Boleh tak kau ceritakan macam mana grafik boleh menyambungkan street culture sepanjang 16 tahun kau bekerjaya dalam dunia seni?
Aku membesar dengan influence graffiti, skate, BMX, hip hop, muzik metal, stickers, bootleg tees and semua benda tu memang shape visual taste dan cara aku tengok dunia. Street culture bagi aku bukan sekadar style. It’s energy and attitude. DIY spirit, rebel sikit, expressive, tak tunggu orang bagi permission.
Sebab tu dalam graphic ni ada banyak layer, skate scene, graffiti tagging, hustle car, signage parody. Dia chaotic sikit, tapi intentional. Macam real street, messy, loud, alive. And aku juga ada add nostalgic stuff contoh macam pondok telefon, perodua kancil, proton saga.
Artwork ni sebenarnya tribute kepada environment yang banyak bentuk identity aku sebagai designer. It’s not just aesthetic. It’s personal history.
5. Bagi kau personally, apa perbezaan antara design untuk client dengan design something yang represent diri kau sendiri?
Design untuk client is about solving problems. You serve the brand. Ada strategy, target, KPI. It’s not about you it’s about what works. Design untuk diri sendiri is different. It’s pure honesty. No filter. No chasing market. Do what matter to you.
Macam Rick Rubin pernah share, we can’t predict what the market wants. Kalau kita create based on trend atau expectation, kita cuma jadi version kedua benda yang dah ada.
So bila buat untuk diri sendiri, aku just give my best, fully. Buat benda yang aku percaya dan love. Kalau orang connect, that’s a bonus. Kalau tak, it’s still real.
At least aku tahu aku tak compromise identity aku.
6. Kau dah bekerja dengan banyak jenama besar, macam mana pengalaman kau membentuk creativity kau sekarang?
Big brands ajar aku discipline dan structure. Deadline is real. Revision is normal. Ego kena letak tepi. Process kena clear. But at the same time, they taught me how to think bigger, bukan sekadar visual cantik, tapi impact dan consistency. Tapi paling penting, aku belajar empathy.
As designers, senang untuk kita terlalu attach dengan idea sendiri. But bila kau letak diri kau dalam kasut client, kau mula faham pressure diorang. Diorang maybe ada KPI, sales target, internal politics, stakeholders. So sekarang bila aku design, aku bukan fikir “idea ni cool ke tak.”
Aku fikir, “adakah ini solve problem dia? Adakah ini bantu brand dia grow?”
Empathy tu yang bezakan antara designer yang hanya buat visual cantik dengan designer yang betul-betul faham business.

7. Sepanjang 16 tahun perjalanan kau, apa fasa yang paling kau ingat dan kenapa?
Fasa paling aku ingat masa aku struggle nak define identity sendiri. Bila kau dah lama buat kerja orang, kau akan tanya “aku ni siapa sebenarnya?”. Waktu tu juga aku tengah explore macam-macam style. Masa tu aku banyak buat photomanipulation, flat illustration, detailed illustration, very technical, very layered.That searching phase banyak bentuk aku jadi lebih matang.
Aku enjoy process tu sebab aku belajar banyak benda. Aku push diri untuk jadi versatile, untuk prove aku boleh buat apa saja. Tapi lama-lama aku sedar, maturity dalam design bukan tentang lagi banyak detail. It’s about clarity. Sekarang aku lebih cenderung kepada simple and bold direction. Lebih clean, lebih confident. Kurang noise, lebih impact.
That transition phase, dari nak tunjuk skill kepada nak deliver message dengan tepat, itu yang paling shape aku sampai hari ni.
8. Apa moment paling berat sekali yang pernah kau lalui dalam karier kau sebagai designer?
Moment paling tough bagi aku adalah fasa bila aku kena belajar telan ego sendiri. Dulu, bila idea ditolak atau kena lowball, aku rasa ralat gila sebab aku nampak design tu sebagai 'seni' aku. Tapi dari situ aku sedar, design ni sebenarnya pasal komunikasi.
Awal-awal dulu, aku pernah accept rate yang tak setimpal sebab takut hilang job. Kita rasa exposure tu penting. Tapi lama-lama aku sedar, kalau kau sendiri tak respect value kau, orang lain pun takkan. It really tested me bukan dari segi skill, tapi self-worth.
From that phase aku belajar satu benda penting: know your value and stand firm with your price.
Bukan bermaksud keras kepala, tapi faham apa yang kau bawa ke meja pengalaman, process, thinking, bukan sekadar visual.
Sekarang aku lebih clear dengan pricing dan expectation. Dan bila kau confident dengan value kau, client yang betul akan respect. And Adobe sekarang pun harga boleh tahan. Hahah!

9. Dari sudut pandang kau, apakah perbezaan terbesar antara Gen Y dan Gen Alpha dalam scene kreatif sekarang?
Gen Y grow up with less tools, so kita banyak trial and error. Banyak grind. Gen Alpha ada access cepat AI, tools, exposure global. They move fast. Bezanya bukan talent, tapi pace dan attention span. Tapi satu benda sama: kalau tak consistent, memang tenggelam.
10. Bagi designer muda yang baru nak mula, apa nasihat keramat yang kau boleh berikan kepada dorang untuk survive lama dalan industri ni?
Jangan kejar viral or fame, kejar consistency. Belajar fundamentals. Jangan terlalu attach dengan ego kau. And paling penting, treat design like marathon, bukan sprint.
11. Apa quote terbaik yang kau pegang sampai sekarang?
“...sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" - Q 94:5
